Rintihan seorang hamba.
Ya ALLAH,
Dengan kebesaran NabiMU
Ajarkanlah aku ilmu yang seni-seni.
Tuhan,
Fahamkanlah aku ilmu-ilmu yang tersirat
Untuk dapat disuratkan
Anugerahkanlah aku sedikit ilmu-ilmu rahsia
Yang terkandung didalam ilmu
Terutama ilmu mengenai hati
Hati adalah makhluk MU
Yang banyak mengandungi rahsia
Hati manusia adalah penentu
Apakah seseorang itu kesyurga atau keneraka
Ilmu hati sangat tersembunyi
Darinyalah lahir ilmu hikmah
Ilmu hikmah, sedikit sekali manusia yang tahu
Sekalipun para ulamanya
Kecuali mereka yang hatinya
terlalu bersih dan murni
Ilmu inilah yang ENGKAU maksudkan dalam Al-Quran
Pertama : Takutilah ALLAH,
nescaya ALLAH akan ajarkan kamu
Kedua : Siapa yang diberi ilmu hikmah,
sesungguhnya ia diberi sesuatu yang banyak.
Tuhan!
Ilmu itu sangat aku perlukan
Untuk membaiki diriku dan ahli keluargaku
Terutama dizaman yang penuh fitnah ini.
Tuhan!
Aku sungguh mengharapkan ilmu ini
Ajarkan sedikit padaku
Agar aku mampu memimpin diriku dan keluargaku
Y ALLAH ! Istajib doa ana...
Firman ALLAH ertinya :
' Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang
baik dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik '
( surah An-Nahl : ayat
125 )
Mengapa ayat diatas tidak ALLAH tidak berfirman sebagai berikut?
............Hendaklah kamu menyeru kepada Tuhanmu dengan
berilmu.......'
Ini kerana kalau menyeru manusia kepada Tuhan atau mendidik hanya
dengan ilmu , ia tidak akan memberi kesan atau perubahan pada
sasaran.Apatah lagi jika dalam menyampaikan ilmu itu banyak
menyelitkan lawak jenaka yang kadang kala ada yang berbau lucah,
sehingga dalam majlis ilmu tersebut ramai yang lalai dan ketawa.
Begitu juga ada yang menjadi guru pengajar yang menjadikan tugas itu
jalan mencari sumber rezeki maka didikan itu kurang berkesan kerana
ia lebih berniat mencari rezeki tetapi kurang untuk mendidik secara
berkesan.
Dapat kita lihat dalam masyarakat sekarang.Begitu meriahnya majlis
taklim, ceramah-ceramah agama , pengajian di pejabat-pejabat ,
sekolah-sekolah Islam , pndok-pondok pengajian , pertubuhan-
pertubuhan Islam tetapi perubahan yang nyata dalam masyarakt belum
ternyata lagi.
Masih ramai pegawai-pegawai kerajaan , ahli-ahli koprat , tokoh-tokoh
dan anggota masyarakat itu sendiri yang rajin menghadiri majlis-
majlis agama , mengerjakan solat , pergi haji , pergi umrah setiap
tahun tetapi mereka masih membuat kejahatan zahir dan batin.
Dikalangan mereka masih ada yang menerima rasuah , bohong , menipu ,
tidak berdisplin , sombong , bakhil , ego dan sebagainya.Ramai yang
masih minum arak . main perempuan , bergaul bebas , terlibat dengan
zina dan sbgnya.
Ertinya dalam firman ALLAH yang diatas bahawa memberi ilmu saja tidak
cukup berkesan jika tidak disertai hikmahnya.
Apakah erti hikmah itu ?
Rasulullah SAW bersabda ertinya :
'Barang siapa yang diberi ilmu dan hikmah dia diberi sesuatu yang
banyak '
Ramai yang menterjemah hikmah itu ertinya bijaksana.Dalam bahasa arab
bijaksana itu disebut fatonah, bijaksana para nabi dan rasul.
Tetapi hikmah dalam erti disini ialah ilmu didalam ilmu.Ilmu yang
tidak terdapat didalam kitab.Ertinya orang yang diberi hikmah oleh
ALLAH itu ia diberi faham oleh ALLAH sehingga ia faham jalan
fikiran , hati , roh atau batin orang.Dia faham hal-hal rohani .
nafsu , akal dan roh manusia.
Ertinya orang yang mendapat ilmu hikmah ini dia diberi ilmu dan
kefahaman oleh ALLAH secara langsung melalui ilham.
Firman ALLAH yang ertinya :
'Bertakwalah kamu kepada ALLAH , nescaya ALLAH akan mengajar kamu
(member ilmu )'
( Al-Baqarah :
ayat 282 )
Inilah ilmu hikmah atau kefahaman yang ALLAH beri secara langsung
kedalam hati.Ertinya setelah ada ilmu asas , seseorang akan diberi
ilmu kefahaman oleh ALLAH.Oleh itu jika mahu mendidik seseorang
secara berkesan , kita mestilah ada ilmu dan hikmah.Jika ilmu diberi
tanpa hikmah kuranglah kesannya pada orang yang dididik agar berubah
menuju kepada kebaikan.Ilmu yang diberi hanya sekadar kulitnya saja
tidak sampai kehati dan roh yang dididik.Tetapi hikmah ini ALLAH beri
hanya kepada orang yang bertakwa sahaja.
Apa itu takwa?
Takwa bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, mengerjakan solat,
membayar zakat, mengerjakan puasa dan haji saja.Takwa adalah himpunan
sifat-sifat baik yang ada dalam diri manusia , baik terhadap ALLAH
mahupun terhadap makhluk ALLAH yang lain.Ia melakukannya untuk
mencari redha dan kasih sayang ALLAH.
Ciri-ciri orang bertakwa adalah :
1.Hatinya sentiasa bersama ALLAH, sehingga mereka sentiasa takut,
cinta, rindu dan sensitif dan sangat membesarkan ALLAH dalam apa
keadaan pun.
2.Ibadah fardhu dan sunat nya banyak dan kemas.
3.Akhlak mereka sgt baik sehingga menawan hati ramai orang kepadanya
seperti ia seorang yang pemurah , tawaddhu, pemaaf, penyayang,
bertolak-ansur, menghormati tetamu dan lain-lain lagi.
4.Ukuwah dan kasih sayang sesama mereka erat dan kukuh.
5.Syariat ALLAH sangat-sangat dijaga sehingga peribadinya menjadi
contoh tauladan.Sangat menjaga dan menjauhi larangan ALLAH yang haram
dan makruh.
6.Mengajar ilmu dengan penuh kasih sayang walaupun terhadap orang
kafir.
7.Mengamalkan cara hidup sederhana dengan tidak mengambil kepentingan
peribadi dalm urusan memberi atau mengajarkan ilmu.
Ketika mendidik hendaklah memberi nasihat yang baik dengan
menceritakan keindahan hidup yang sentiasa meningati ALLAH, indahnya
ganjaran yang akan diberi oleh ALLAH diakhirat kelak , pertolongan
ALLAH kepada mereka yang berusaha sungguh2 dalam mencari redha ALLAH
dan sebagainya.
Mengajak pendengar berfikir tentang kehebatan ALLAH , kuasa ALLAH ,
kebesar ALLAH , kebaikan ALLAH , rahmat ALLAH serta nikmat2 yang
disediaNYA utk kita hambaNYA.
Ini akan mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi
terhadap ALLAH swt.
Disamping itu ceritakan kisah-kisah yang menakutkan spt kisah neraka
dan azab-azab ALLAH , ancaman-ancaman serta kemurkaan ALLAH terhadap
hamba yang durhaka kepadaNYA.
Ceritakan kisah orang2 soleh , kisah nabi2 , rasul2 dan org2 soleh
yang berakhlak mulia sbg panduan dan pendorong utk mereka mengetahui
bagaimana mereka harus menjalani hidup sebenar.
Begitulah caranya mendidik secara berhikmah.Diri sendiri kenalah
ikhlas dan berakhlak baik.Semuga kita sama-sama dapat berubah kepada
kebaikan bukan sekadar dimulut tetapi juga dalam kehidupan zahir dan
batin kita juga.
Petikan kuliah Ilmu dan hikmah-dr kelas pengajian.
-umiesafa-