Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat
Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata
kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa
yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak
sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan
akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat
menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke
atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari
telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat
kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku
tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T
mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang
berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu
dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh
para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para
malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk
orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para
pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat
ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan
Allah, Rasul dan para malaikat.