Sabtu, 17 November 2007

Fwd: Re: [Renungan_Iktibar] Hadis tentang malu

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, shah dun <uusfan@...> wrote:


Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Iman terdiri
daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu
dari bahagian-bahagian iman


Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu
iaitu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w
bersabda: Malu itu sebahagian dari iman


Hadis Imran bin Husaini r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan
membawa kebaikan

Hadis Abdullah bin Amru r.a:
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang
paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan
makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali
atau pun tidak


Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:
Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam
yang paling baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang
menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah dan tangannya


Hadis Abu Musa r.a katanya:
Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah sifat orang Islam yang paling
baik? Rasulullah s.a.w bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-
orang Islam dengan lidah dan tangannya

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Renungan_Iktibar/