AL-FATIHAH adalah surah pertama yang diturunkan dengan lengkap tujuh
ayat
sekali gus kepada Rasulullah. Ia dinamakan 'Ummul Quran" yang
bermaksud
induk al-Quran atau "Ummul Kitab" yang bermaksud induk kitab. Ini
kerana ia
adalah induk atau ibu bagi semua isi al-Quran serta menjadi inti sari
daripada kandungan al-Quran. Oleh itu, surah ini wajib dibaca dalam
solat.
Al-Fatihah bermakna pembukaan, sesuai dengan kedudukannya sebagai
surah
pertama dalam al-Quran. Al-Fatihah termasuk dalam golongan ayat
Makkiyyah
kerana diturunkan di Makkah. Surah al-Fatihah dimulakan dengan
kalimah
'Bismillah' yang bermaksud dengan nama Allah. Sabda Rasulullah,
maksudnya:
"Setiap sesuatu kebaikan yang dimulai dengan Bismillah akan
mendatangkan
berkat. Manakala lafaz 'Allah' pula adalah nama zat Yang Maha Suci,
yang
berhak disembah dengan sebenar-benarnya, tidak memerlukan makhluknya
tetapi
makhluk yang berhajat kepada-Nya."
Dalam ayat pertama juga ada kalimah 'Ar Rahman' yang bermaksud Maha
Pemurah.
Ar Rahman adalah salah satu daripada nama Allah yang memberi
pengertian
bahawa Allah itu adalah tuhan Yang Amat Pemurah yang melimpahkan
kurnia
kepada setiap makhluk-Nya. Kalimah Ar Rahim pula bermaksud Maha
Penyayang
atau Maha Pengasih, memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat
rahmat
(kasih sayang) yang menyebabkan Allah selalu melimpahkan rahmat
kepada
makhluk-Nya. Mengikut sesetengah ahli tafsir, Ar Rahman dan Ar Rahim
adalah
daripada kalimah yang sama ertinya iaitu 'rahmah' yang bermakna kasih
sayang
atau kasihan. Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa Ar Rahman
maknanya
Allah mengasihi seluruh hamba-Nya baik mukmin atau kafir. Lalu
dikurniakan
kepada mereka rezeki dan nikmat di dunia ini, sekiranya mereka
berusaha. Ar
Rahim' pula hanya untuk orang mukmin di mana kasih Allah kepada
mereka
mengatasi yang lain, malah untuk mereka nikmat yang bukan saja di
dunia
malah berpanjangan di akhir.
Menurut Syeikh Mohammad Abduh Dum, Ar Rahman bermakna pemberi Rahmat,
manakala Ar Rahim bermakna pemilik Rahmat. Surah al-Fatihah mempunyai
banyak
kelebihannya. Di antara hadis yang memperkatakan kelebihannya ialah:-
* "Surah Al-Fatihah adalah ubat daripada segala penyakit dan penawar
daripada racun."
* "Apabila selesai imam membaca surah al-Fatihah, hendaklah kamu
mengucapkan
"amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."
* "Barang siapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca
surah
al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya dia memperoleh
ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."
* "Sesiapa yang membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas ketika pulang
ke
rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta
mendapat
banyak kebajikan di rumahnya."
Suatu ketika Rasulullah berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah
jalan di
kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki membaca surah
Al-Fatihah, lantas baginda bersabda, maksudnya:
"Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."